Wednesday, 24 September 2014

Kenangan Menjengah Di minda

ASSALAMMUALAIKUM

Kata kata pembukaan bagi segala perkara. Entah mengapa sudah lama tidak menulis alasan yang dicari tidak sesuai dengan keadaan. Sebelum nukilan ini terhasil saya sempat melihat perkembangan kawan kawan lama. lamaaaaa sangat sangat!! rindu bertamu, kenangan menjengah, hati terasa sayu. Walaupun pada zahirnya saya tidak rapat dengan kawan kawan tapi mereka adalah yang terbaik pernah hadir dalam hidup saya. Secara kebetulan atau tidak mereka banyak mengajar saya tentang kehidupan. Meninggalkan kenangan yang terindah adalah hadiah yang terbaik pernah saya terima.TERIMA KASIH kerana pernah hadir dalam hidup saya. Walau jauh mana sekali pun mereka, walau hadir seketika dalam hidup ini, saya tetap akan rasa mereka adalah sahabat terbaik buat saya. Hidup saya akan bertambah gembira disaat orang lain dapat merasa kebahagiaan yang saya berikan, waima mereka rasa yang saya ni cuba buat lawak kurang cerdik.hehe ^_^
LOVE YOU ALL!!!
THANK YOU!!

Friday, 18 April 2014

Pelbagai Rasa Dihati

Assalammualaikum

Tak kala hati susah memikirkan keadaan sekarang, rupanya Allah memberi pengajaran kepadaku. Hati siapa yang tak mempunyai impian, harapan yang murni. Ini merupakan satu kejadian yang benar terjadi. Satu pasangan suami isteri berusaha untuk mendidik anak anak yang tiada kaitan kekeluargaan dan kurang berkemampuan dalam pembelajaran pendidikan. Anak anak ini terpaksa meninggalkan ahli keluarga yang jauh di pendalaman hanya untuk mendapat ilmu yang bermakna bagi mengubah nasib ahli keluagra. Niat mulia pasangan suami isteri selama ini Allah menduga dengan kekurangan tapi ada cahaya dihujungnya. Anak anak yang didik mensyukuri segala curahan ilmu, kasih sayang, setiap keringat peluh yang memercik memberi bermilion penghargaan yang tak terhingga. Ramai yang mendengar cerita ini turut bersedih tak kala impian anak anak ini cuba di penuhi dengan niat murni pasangan ini. Murni kerja pasangan ini akhirnya diketahui oleh orang ramai. Mereka menghulurkan bantuan kewangan dan juga semangat dalaman. Mengambil seorang anak yang bertuah untuk diberi bantuan sehingga impian terlaksana (ia seolah membuat tabungan pahala).

Air mata menitis mendengar cerita, hati berkata pasti ada sebab mengapa Allah memberiku melihat kejadian ini. Bahawasanya ramai yang susah menderita tapi cuba untuk mengubah diri demi orang yang dicintai. Berubah kearah kebaikan bermula dengan memberi kebaikan. Fiqah harap hati ini dapat merasai pelbagai rasa yang boleh menitiskan airmata yang bermakna walaupun dalam apa jua keadaan.

^_^
Dream it.  Wish it.  Do it.

Monday, 7 April 2014

MoOd: MencUci SaWang

Assalammualaikum dan hai !!


Lama sungguh blog nie kne tinggal.. kalau lah blog nie orang, rasanya mati dah..Kesiannnn . Ini bukan ape hal pun samada kekeringan idea atau Fiqah yang ada sifat "M".. huh! memang  suka biarkan bersawang baru ada nilai sentimental. hihi


Lawak betul.. Fiqah sendiri pun dah rindu sebenarnya dengan blog nie. Fiqah ada banyak cerita yang nak diluahkan. kalau nak bercerita dengan orang, kurang sikit nanti cerita nya.. tulah Fiqah nie susah nak percayakan orang. ish ish ish.. (tak semua orang, kepercayaan itu datang dengan keikhlasan).

oklah sekarang masih dalam renovation. so wait and see ..

semangat semangat.. you can do it..