Wednesday 24 September 2014

Kenangan Menjengah Di minda

ASSALAMMUALAIKUM

Kata kata pembukaan bagi segala perkara. Entah mengapa sudah lama tidak menulis alasan yang dicari tidak sesuai dengan keadaan. Sebelum nukilan ini terhasil saya sempat melihat perkembangan kawan kawan lama. lamaaaaa sangat sangat!! rindu bertamu, kenangan menjengah, hati terasa sayu. Walaupun pada zahirnya saya tidak rapat dengan kawan kawan tapi mereka adalah yang terbaik pernah hadir dalam hidup saya. Secara kebetulan atau tidak mereka banyak mengajar saya tentang kehidupan. Meninggalkan kenangan yang terindah adalah hadiah yang terbaik pernah saya terima.TERIMA KASIH kerana pernah hadir dalam hidup saya. Walau jauh mana sekali pun mereka, walau hadir seketika dalam hidup ini, saya tetap akan rasa mereka adalah sahabat terbaik buat saya. Hidup saya akan bertambah gembira disaat orang lain dapat merasa kebahagiaan yang saya berikan, waima mereka rasa yang saya ni cuba buat lawak kurang cerdik.hehe ^_^
LOVE YOU ALL!!!
THANK YOU!!

Friday 18 April 2014

Pelbagai Rasa Dihati

Assalammualaikum

Tak kala hati susah memikirkan keadaan sekarang, rupanya Allah memberi pengajaran kepadaku. Hati siapa yang tak mempunyai impian, harapan yang murni. Ini merupakan satu kejadian yang benar terjadi. Satu pasangan suami isteri berusaha untuk mendidik anak anak yang tiada kaitan kekeluargaan dan kurang berkemampuan dalam pembelajaran pendidikan. Anak anak ini terpaksa meninggalkan ahli keluarga yang jauh di pendalaman hanya untuk mendapat ilmu yang bermakna bagi mengubah nasib ahli keluagra. Niat mulia pasangan suami isteri selama ini Allah menduga dengan kekurangan tapi ada cahaya dihujungnya. Anak anak yang didik mensyukuri segala curahan ilmu, kasih sayang, setiap keringat peluh yang memercik memberi bermilion penghargaan yang tak terhingga. Ramai yang mendengar cerita ini turut bersedih tak kala impian anak anak ini cuba di penuhi dengan niat murni pasangan ini. Murni kerja pasangan ini akhirnya diketahui oleh orang ramai. Mereka menghulurkan bantuan kewangan dan juga semangat dalaman. Mengambil seorang anak yang bertuah untuk diberi bantuan sehingga impian terlaksana (ia seolah membuat tabungan pahala).

Air mata menitis mendengar cerita, hati berkata pasti ada sebab mengapa Allah memberiku melihat kejadian ini. Bahawasanya ramai yang susah menderita tapi cuba untuk mengubah diri demi orang yang dicintai. Berubah kearah kebaikan bermula dengan memberi kebaikan. Fiqah harap hati ini dapat merasai pelbagai rasa yang boleh menitiskan airmata yang bermakna walaupun dalam apa jua keadaan.

^_^
Dream it.  Wish it.  Do it.

Monday 7 April 2014

MoOd: MencUci SaWang

Assalammualaikum dan hai !!


Lama sungguh blog nie kne tinggal.. kalau lah blog nie orang, rasanya mati dah..Kesiannnn . Ini bukan ape hal pun samada kekeringan idea atau Fiqah yang ada sifat "M".. huh! memang  suka biarkan bersawang baru ada nilai sentimental. hihi


Lawak betul.. Fiqah sendiri pun dah rindu sebenarnya dengan blog nie. Fiqah ada banyak cerita yang nak diluahkan. kalau nak bercerita dengan orang, kurang sikit nanti cerita nya.. tulah Fiqah nie susah nak percayakan orang. ish ish ish.. (tak semua orang, kepercayaan itu datang dengan keikhlasan).

oklah sekarang masih dalam renovation. so wait and see ..

semangat semangat.. you can do it..




Saturday 22 December 2012

BecAuSE I MisS U

I'm Sorry :'(
I feel bad
and 
I don't know what happened
I'm sorry :(
Mian Haeyo


Friday 26 October 2012

KeInDaHAn AiDilAdHa

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

hari ini tak ada puitis puitis sebab feeling tak sampai,hihihi..
hari ini aku dapat 3 berita  WOW!!!

1) Along nak bertunang dengan orang baru. TAHNIAH sbb dah ada orang baru, meski pun tak sama, tapi ada kebahagiaannya setiap orang...
2) Makcik Yati pun nak kahwin, TAHNIAH jugak semoga berbahagia.
3) Jiranku Kak Dila pun bakal bertunang dengan pilihan hatinya, TAHNIAH

siapa sangka semuanya berlaku dengan cepat. masa dulu selalu main sama sama. eh?? tengok tengok dah nak kahwin semua.
ini adalah berita gembira untuk saya. semoga bahagia hendaknya selalu, amin..

 

#harap xda siapa tanya "kamu bila lagi???"  (*^-^*)

Wednesday 17 October 2012

TERINGIN (*^-^*)

Teringinkan suasana yang bahagia,
Teringinkan suasana yang indah,
Teringinkan suasana yang romantik,
Teringinkan suasana yang comel-comel jer..

aku inginkannya,
aku mahukannya,
aku perlukannya...

wahai Pencipta Alam Semesta!!!
kau limpahkanlah rasa dan keinginan yang aku teringinkan ini..


Monday 27 August 2012

CINTA JUJUR PERSAHABATAN

Betul kata orang cinta itu BUTA. Siapa sangka kerana cinta orang sanggup BERMUSUH. Cinta sesama manusia yang tidak membawa kebahagiaan adalah cinta dusta. Walaupun aku tidak pernah mengalaminya, tapi aku dapat rasainya. Bertapa derita bercinta dan gembira bercinta. Cinta yang baik adalah cinta yang dipenuhi dengan kasih sayang, pemikiran yang matang dan bersikap jujur. 

JUJUR amat PENTING 
dalam sesuatu pertalian. Sekiranya kita pernah tidak bersikap jujur pada seseorang itu haruslah mengaku kesalahan itu walaupun secara kiasan. KEBENARAN ITU MEMANG PAHIT. Tapi kalau kita jujur sepahit manapun kebenarannya akan dapat ditelan bersama dengan madu suatu hari nanti. Ingatlah Allah turunkan DUKA kerana Dia ingin beri KEBAHAGIAAN.

PERSAHABATAN merupakan cara utama sebelum mempunyai hubungan yang lebih rapat.
Persahabatan adalah ikatan yang paling mulia disisi Allah. Allah memurkai jika memutuskan ikatan silaturrahim. Meskipun kita marahkan seseorang pasti marah itu tidak berkekalan. Marah tanda sayang kita disia-siakan. Tapi kita perlu ingat bahawa kemarahan juga dapat memberi kesedaran kepada diri sendiri jugak. Kita akan cuba untuk tidak mengulangi lagi kemarahan yang sama. KESABARAN amat PENTING semasa MARAH.

#p/s :Hari ini aku rasa sedih dan takut bakal kehilangan orang yang aku sayang. Tolong berbincang sacara matang dan     penuh dengan kasih sayang. Buatlah keputusan yang terbaik aku akan terima jika baik kedua2 pihak. :'(